Sunday, Apr 26, 2026@00:00

Kaul Mukah Run 2026

Takak Kaul Tapak Mukah, Pantai Kala Dana

When

Sun, Apr 26, 2026

00:00

Where

Takak Kaul Tapak Mukah, Pantai Kala Dana

Malaysia

0 ATTENDING

0 SAVED THIS

Event Description

MUKAH, 9 Feb: Sempena sambutan Kaul Mukah tahun ini, Persatuan Melanau Mukah (PMM) sekali lagi menganjurkan acara Kaul Mukah Run (KMR) 2026 yang akan berlangsung pada Ahad, 26 April 2026 bertempat di Tapak Kaul Mukah, Pantai Kala Dana. Menurut Setiausaha PMM, Mazira Ramli, penganjuran KMR2026 dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Larian 10 kilometer (10KM), Larian 5 kilometer (5KM) serta Jalan Santai 3.7 kilometer, dengan penyertaan keseluruhan dihadkan kepada 600 peserta sahaja. Beliau berkata, orang ramai yang berminat boleh membuat pendaftaran melalui pautan yang disediakan sebelum atau pada 26 Mac 2026. “Yuran penyertaan bagi kategori 10KM ialah RM70, kategori 5KM sebanyak RM60, manakala bagi kategori Jalan Santai 3.7KM hanya RM50. Yuran tersebut melayakkan peserta menerima Kit Larian, E-Sijil serta pingat kepada peserta yang berjaya menamatkan larian,” katanya. Sehubungan itu, PMM mengalu-alukan penyertaan orang ramai bagi memeriahkan acara tahunan tersebut yang menjadi antara tarikan utama sempena Kaul Mukah. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi pegawai seranta iaitu Jacq (011-19918491) atau Ahmad (013-8184030).-TVS
Great Events

© 2026 Great. All rights reserved.

Operated by BEVERSE TECHNOLOGY SDN BHD Registration No: 202201031890 (1477587-T)